Peraturan
1. Pastikan tempahan dibuat melalui Whatsapp & Borang Tempahan.
2. Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap di homestay ini adalah 10 ORANG kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja. Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut pihak kami hanya membenarkan maximum 15 ORANG. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak kami tidak membenarkan rombongan tetamu yang ingin menginap melebihi jumlah tersebut kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah keselesaan dan masalah air.
3. Sila patuhi waktu masuk (check in) dan waktu keluar (check out) yang telah dipilih semasa membuat tempahan. Check in: 2 petang, Check out: 12 tengah hari.
4. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
5. Semua suis elektrik hendaklah di tutup selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila meninggalkan rumah.
6. Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
7. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
8. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
9. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
10. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
11. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out.
12. Homestay ini adalah HALAL premis, penyewa non-muslim tidak dibenarkan membawa arak, pork/bak kut teh, anjing atau membawa makanan atau barangan yang diharamkan di sisi Islam. Pihak homestay berhak mengambil tindakan kepada mana-mana penyewa yang mengingkari arahan ini.
13. Barangan yang salah di sisi undang-undang seperti dadah dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke ke dalam homestay ini.
14. Sebarang anjuran parti liar yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di homestay ini.
15. Sila hormati privasi jiran sekeliling, jangan menganggu privasi dan membuat bising hingga menggangu ketenteraman jiran-jiran bersebelahan homestay.
16. Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Homestay untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami. Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam homestay, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Pihak homestay akan mengenakan bayaran kepada anda sebagai penyewa. Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurus homestay.
17. Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman homestay minta mereka menghubungi pihak homestay sendiri.
18. Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke Homestay. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pengurus homestay sahaja.
19. Setiap peralatan dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan.
20. Sekiranya tempahan dibatalkan oleh tetamu (atas apa jua sebab), bayaran penuh TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
Comments
Post a Comment